Sunday, 12 February 2012

Kepentingan Perancangan Kewangan

New York City - نيويورك

Salam,


Antara  sebab penting yang anda perlu tahu kenapa kita perlu buat perancangan kewangan.


1) Sebagai panduan Arah Kewangan
Kalau anda rancang kewangan, barulah anda tahu dan nampak ke mana sebenarnya wang anda pergi. Pernah tak kadang-kadang anda tertanya-tanya, “Mana perginya duit aku ni…Rasanya baru keluarkan semalam..Takkanlah dah habis kot..”.
Apabila anda dah nampak turutan perbelanjaan dalam jadual yang boleh direka sendiri, barulah hidup pun teratur. Dan anda pun tahu untuk berjimat-cermat. Betul tak?
2) Menstabilkan atau meningkatkan gaya hidup pada masa sekarang dan akan datang
Apabila perjalanan kewangan kita sudah teratur, barulah kita mampu menstabilkan gaya hidup kita mengikut kemampuan dan keperluan kita.
Atau mungkin lebih baik lagi mampu meningkatkan lagi gaya hidup kita apabila kita sudah belajar berjimat-cermat.
JADI….
Tips untuk berjimat-cermat pula bermula dengan membuat SIMPANAN. Tapi dekat mana pulak tempat terbaik nak simpat duit? Bawah bantal? Dalam tabung tin? Akaun bank?
Anda perlu simpan dengan cara PELABURAN. Kalau simpan dalam akaun bank, duit anda takkan bertambah banyak.. sebab ianya ada pure saving.
TETAPI, kalau anda melabur sikit-sikit, baru betul lama-lama jadi GUNUNG. Kalau melabur secara simpanan bulanan sebanyak RM200, dalam masa 5 tahun pelaburan anda dah menjadi RM15,616 (Pengiraan mengikut 10% annual return dan Financial Calculator).
Kalau anda simpan di akaun bank saja nilainya hanya RM12,000. Mungkinlah ada kenaikan tapi sekadar beberapa ringgit saja sebab simpanan di akaun bank tidak memberikan pulangan (return). Berbeza pula dengan pelaburan. Tak seronokkah anda melihat simpanan anda berganda?
Jadi jangan tunggu lagi. Simpan sedikit untuk perbelanjaan bulan-bulan, selebihnya sebaik-baiknya dilaburkan dengan pelaburan dana yang kukuh seperti pelaburan di Public Mutual yang telah menerima sebanyak 176 anugerah sebagai syarikat Unit Trust Pertama di Malaysia.
Jangan bimbang, tidak susah pun untuk mulakan pelaburan. Yang penting keazaman untuk menggandakan simpanan kita itu mesti ada. :)
Selamat Melabur,
Fazlina Binti Rashid
Public Mutual Berhad
019 3255928
p.s. Sekiranya anda memang tak boleh nak simpan cash buat masa ini, perancangan kewangan yang terbaik adalah dengan menggunakan simpanan KWSP akaun 1 kerana pulangan dalam unit amanah adalah jauh lebih tinggi dari dividen EPF. Kenapa perlu tunggu lagi?
Saya sedia membantu anda hari ini juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...